Pengenalan






JANGAN TERKEJUT. TONE EXCEL SEBENARNYA IALAH SEJENIS SIM KAD (SIM CARD) YANG DIMASUKKAN KE DALAM TELEFON ANDA. SIM KAD INI SAMA SEPERTI SIM KAD CELCOM, MAXIS, DIGI, UMOBILE, REDONE, ALTEL DAN LAIN-LAIN LAGI SIM KAD YANG ADA DI MALAYSIA.


Jadi, ini bermaksud, sim kad Tone Excel juga boleh melakukan apa yang sim kad anda lakukan sekarang iaitu; buat panggilanhantar SMS, dan melayari internet.
Namun sim kad ini BUKAN SEBARANGAN sim kad. Sim kad ini amat banyak kelebihan, faedah, dan manfaatnya. Malah sim kad ini boleh dijadikan alat untuk menjana pendapatan lagi. Ya! Memang benar! Saya akan ceritakan semua itu nanti di dalam website saya ini. Baca satu persatu ya? 
Inilah dia sim kad Tune Talk – Tone Excel yang terhangat di pasaran!

=============================================================================
APAKAH SERVICE PROVIDER (TALIAN PERKHIDMATAN) YANG DIGUNAKAN?
Tone Excel dikuasakan oleh Tune Talk. Bermaksud, Tone Excel menggunakan talian perkhidmatan Tune Talk. Tune Talk pula bekerjasama dengan Celcom dalam menyediakan network terbaik. Jadi, di mana ada talian perkhidmatan Celcom, bermaksud, terdapat juga talian perkhidmatan Tone Excel yang dikuasakan oleh Tune Talk ini di situ.
Dikuasakan oleh Tune Talk!
=============================================================================
BERAPA KADAR PANGGILAN, SMS, DAN DATA INTERNET?
Kadar (rate) bagi Tone Excel adalah yang kedua terendah di negara ini kerana kadarnya adalah sapu rata ke semua rangkaian di Malaysia!

Anda boleh melihat kadar Tone Excel dengan lebih teliti dengan Klik Disini

Kadar data internet Tone Excel!
Anda boleh melihat kadar data internet Tone Excel dengan lebih teliti dengan Klik Disini

Anda merasakan kadar Tone Excel ini mahal? Anda pasti? Adakah anda sudah siasat? Adakah anda yakin telco anda sekarang adalah yang termurah? Ini mesti kes terima bulat-bulat iklan yang ditayangkan oleh telco anda tu…
Mari buat perbandingan. Berapa minit panggilan yang anda boleh buat jika top up RM100 menggunakan telco anda vs Tone Excel.
Perbandingan Harga!
Tempat pertama: U-Mobile dengan 550 kali panggilan. (Coverage masih tidak stabil, tiada peluang jana pendapatan)
*satu panggilan bersamaan 1 minit (jika di bawah 30 saat, anda akan dicas 10 sen. Jika lebih 30 saat, anda akan dicas 20 sen. Jika menelefon ke telco lain, cas akan jadi lebih mahal)

Tempat kedua: Tone Excel dengan 500 kali panggilan. (Coverage baik dan banyak kelebihan, ada PELUANG JANA PENDAPATAN)

*satu panggilan adalah bersamaan 1 minit (setiap minit berbual tetap sama iaitu 28sen seminit dan sama cas dikenakan iaitu 28 sen seminit pada semua rangkaian di Malaysia)

Tempat ketiga: Maxis/Hotlink dengan 416 kali panggilan. (Coverage baik, tiada peluang jana pendapatan)

*satu panggilan adalah bersamaan 1 minit (Jika menelefon ke telco lain, cas akan lebih mahal)

Tempat keempat: Digi dengan 384 kali panggilan. (Coverage baik, tiada peluang jana pendapatan)

*satu panggilan adalah bergantung dengan masa bercakap anda. Jika di bawah 10 saat, anda akan dicas sebanyak 6sen. Selepas sahaja 10 saat berlalu, anda akan dicas pada kadar 20 sen untuk 120 saat (sama ada sampai 120 saat atau tidak)(Jika menelefon ke telco lain, cas akan lebih mahal)

Tempat kelima: Celcom dengan 357 kali panggilan. (Coverage baik, tiada peluang jana pendapatan)

*satu panggilan adalah bersamaan 3 minit. (Sama ada sampai 3 minit atau tidak anda akan tetap dicas dengan harga 28 sen biarpun tidak sampai seminit anda berbual.) (Jika menelefon ke telco lain, cas akan lebih mahal)
Telco anda di tempat ke berapa dalam hal penjimatan? Ini pun saya belum cerita insurans free, point free, bonus dalam bentuk tunai, peluang dapat income dan banyak lagi kelebihan menggunakan telco Tone Excel.
Bagi saya, Tone Excel berada di tempat pertama kerana cas yang dikenakan tidak mempunyai cas tersembunyi dan sama pada semua rangkaian di Malaysia. Selain itu, rangkaian line juga baik dan stabil, serta Tone Excel juga memberi banyak faedah dan yang paling best ialah PELUANG JANA PENDAPATAN PASIF SETIAP BULAN!
Jujurlah dengan diri anda sendiri. Siapa yang menang di sini?
================================================
SIAPAKAH DISEBALIK TONE EXCEL SDN BHD?
Tone Excel Programme merupakan gabungan beberapa syarikat yang kukuh dan mantap di Malaysia. Iaitu Celcom yang mempunya 35% saham dalam syarikat ini, Tune Group (Air Asia, Tune Talk, Tune Insurance, dll) yang mempunyai 25.1% saham dalam syarikat ini, dan juga syarikat Tone Excel Sdn Bhd itu sendiri.
Selain itu, badan kerajaan iaitu Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia juga menjalinkan kerjasama dengan Tone Excel Sdn Bhd. Gambar di bawah menunjukkan gambaran syarikat Tone Excel Sdn Bhd yang kukuh ini.
Gambaran syarikat!
Ini ialah sijil Watikah Perlantikan daripada LPKPM kepada Tone Excel Sdn Bhd!

Anda boleh melihat latar belakang syarikat dengan lebih teliti lagi dengan Klik Disini
================================================
Itu adalah serba sedikit pengenalan tentang sim kad ini…
Mesti anda tertanya-tanya… kenapa lah mereka sangat bersungguh-sungguh dengan bersemangat sekali memberitahu semua orang menggunakan sim kad ini? Haa… Mestilah ada sebabnya… Jika nak tahu kenapa kami sungguh-sungguh nak anda guna sim kad yang amat LUAR BIASA ini?